" Rumahku Syurgaku Idaman Kalbu "

TIPS

Praktis 5S Jamin Dapur Sentiasa Bersih
Konsep 5 S mula diperkenalkan di negara Jepun pada awal tahun 1980an.Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.Kejayaan pelaksanaan Program 5S telah membawa kepada penggunaannya diseluruh dunia.
Konsep 5S ini boleh juga dipraktikkan di ruang dapur agar dapur kekal bersih,kemas dan bersistematik.
Kecekapan mengurus ruang dapur dapat menjamin penampilan dan keselesaan.

1.SEIRI - SISIH
Cuba lihat disekeliling ruang dapur yang penuh dengan barangan.Tanyalah diri sendiri adakah barang-barang tersebut masih diperlukan dan selamat untuk digunakan? Asingkan mana yang masih boleh digunakan dan yang mana rosak buangkan sahaja.

2. SEITON - SUSUN
Susun peralatan dapur seperti pisau,kuali,periuk,pinggan dan sebagainya secara kemas dan didalam keadaan bersih.Susunan yang rapi dan bersistematik ini penting untuk memudahkan anda mencapai barangan tersebut
Manakala perletakkan bahan makanan seperti perencah,rempah ratus dan seumpamanya perlu disimpan secara teratur dibahagian yg sama agar semasa memasak akan memudahkan anda mencapainya.Jika ditrmpatkan berasingn anda akan tercari-cari rempah ratus tersebut..

bersambung..........................


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...